Jom Alif Ba Ta
Belajar huruf Jawi melalui gambar. Bina kecekapan awal di dalam mengenal & menulis melalui kaedah warnakan huruf, warnakan gambar, menulis mengikut garisan dan menulis huruf.

Jom Kesekolah
Belajar Jawi secara bertema. Siri Jom! kali ini membawa kita mengenal objek-objek di sekitar sekolah. Bina kecekapan di dalam mengeja & menulis melalui kaedah warnakan gambar, mengeja perkataan menulis mengikut garisan dan menulis perkataan

CD ROM Jom! Ke Sekolah yang interaktif akan membantu pelajar mempelajari Jawi melalui komputer & membina kecekapan berkomputer.

Mari Fardhu-Ain
Permainan CD Rom yang mengajak pelajar Darjah 1 dan 2 bermain sambil belajar Fardhu Ain. Mengguna-pakai permainan ala “Hangman” di mana Si Pemain perlu meneka perkataan-perkataan yang berkait dengan topik Fardhu Ain yang tertentu.

Topik-topik yang diketengahkan ialah Tauhid, Solat, Puasa, Toharah, Wudhu dan Sirah.

Warnai Doa Harian
Pelajari Doa Harian sambil mewarna. Terdapat 10 doa harian untuk diwarnai & dipelajari. Bina kreativiti & kecekapan komputer Si Kecil melalui CD ROM e-Warna yang disertakan.
Kocok Jawi
Permainan kad pertama yang berteraskan Jawi.
Belajar Jawi sambil bermain! Mudah Lagi menyeronokkan! Pelajari lebih 70 objek Jawi!
SRSS
Mendidik mengenai falsafah, fadhilat & keistimewaan Ramadhan & membuahkan kesyukuran & kegembiraan menyambut Aidilfitri, melalui firman Allah, nasyid-nasyid, qasidah, hadith dan mutiara kata sahabat Rasulullah yang dimuatkan.
VCD TILMIZ DOA VOL 1
VCD yang menggabungkan karaoke & animasi untuk menjadikan pembelajaran dan penghayatan doa harian serta adab-adabnya lebih ceria & efektif. Sesuai dijadikan Alat Bantu Mengajar dalam memantapkan kurikulum Tadika & sekolah rendah, khususnya matapelajaran Adab dan Agama.

TILMIZ Doa
Album yang khusus untuk pelajar tadika dan sekolah rendah. Sesuai dijadikan Alat Bantu Mengajar bagi memudahkan pembelajaran & penghayatan doa-doa.