Tasnim | Ihsan | Luqman | Munir | Izzah | Zahra
Watak animasi Tilmiz terdiri daripada tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan. Mereka adalah Tasnim, Ihsan, Luqman, Munir, Izzah dan Zahra. Setiap watak mewakili satu huruf daripada nama “TILMIZ”. Marilah kita berkenalan dengan mereka…..
|
 |
Tasnim
Periang dan peramah. Tasnim kaya dengan senyuman dan mudah berbicara. Ke mana sahaja beliau pergi pasti mendapati kenalan dan kawan baru. |
 |
Ihsan
Cermat dan pemurah. Ihsan merupakan anggota termuda Tilmiz. Walaupun kecil, beliau berhati besar. Hatinya sentiasa terpaut kepada orang yang susah dan miskin. Tua, muda, besar atau kecil, beliau sentiasa bersedia membantu sekiranya mampu. |
 |
Luqman
Rajin dan kreatif. Luqman seorang yang ringan tulang dan sentiasa mengisi waktu lapangnya dengan membaca dan membantu ibubapa, guru-guru dan rakan-rakan. Beliau bukan sahaja digelar “Ulat Buku” oleh rakan-rakannya, tetapi kerap kali juga diberi jolokan “Penjaga Buku” kerana terlampau banyak menghabiskan masanya di perpustakaan. |
 |
Munir
Penyabar dan berdikari. Mungkin kerana statusnya sebagai anak yang sulung, Munir mampu berdikari dan membantu ibunya menguruskan hal ehwal adik-adiknya di rumah. Kesabarannya dalam melayani kerenah adik-adiknya dan juga gelagat kawan-kawannya membuatkannya dianggap sebagai mentor kepada Kumpulan Tilmiz. |
 |
Izzah
Bersopan dan berdisiplin. Izzah amat disegani oleh yang muda dan disayangi oleh yang tua. Disiplin dan kesungguhannya dalam merancang aktiviti-aktivitinya membuatkan rutin hariannya begitu teratur dan lancar. Sekiranya terdapat mana-mana program yang perlu dilaksanakan, beliaulah yang akan dicari dan diberi tugas untuk merancang dan mengendalikannya. |
 |
Zahra
Prihatin dan penyayang. Zahra sering mengambil berat tentang hal-ehwal rakan-rakannya dan berusaha sedaya yang boleh untuk menolong mereka. Sekiranya terdapat kawan yang memerlukan bantuan di dalam kerja sekolah maka beliaulah yang akan membantu. Sifat penyayangnya yang begitu mendalam menggerakkannya untuk sering membantu, baik orang ramai atau binatang yang sakit, walaupun terpaksa berbelanja dari tabungnya sendiri. |