WATAK ANIMASI TILMIZ: IKON IKUTAN PELAJAR
Alam seorang pelajar penuh dengan pelbagai cabaran yang perlu diharungi dan bermacam pengalaman baru yang bakal dilalui. Di fasa inilah si pelajar sibuk menimba ilmu dan banyak mempelajari selok-belok kehidupan. Pencarian ilmu dan pengalaman pula dipenuhi dengan pelbagai “trial and error”. Maka si pelajar sangat berharapkan kepada contoh-contoh hidup (living examples) yang boleh diikuti dan diambil iktibar. Ikon-ikon seperti para pemimpin, para guru dan artis lazimnya menjadi ikutan. Dalam kesemua ikon yang ada, tidak semuanya boleh diambil sebagai ikutan dan contoh. Ada yang mengajak kepada kebaikan, tetapi realitinya, lebih ramai lagi yang mengajak ke jalan yang sebaliknya.
Bagi mewujudkan sebuah ikon ikutan pelajar, watak animasi Tilmiz telah diwujudkan. Watak animasi Tilmiz merupakan enam orang pelajar berumur sekitar 8 sehingga 11 tahun yang “trendy” tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Mereka diketengahkan sebagai para pelajar biasa (your everyday kid) yang sedang melalui alam seorang pelajar. Justeru itu, mereka akan “melihat”, “merasai”, “mengalami” dan juga “melakukan” perkara-perkara yang lazimnya dilihat, dirasai, dialami dan dilakukan oleh pelajar yang sebaya dengan mereka - tetapi semuanya dari perspektif dan kacamata seorang watak animasi.
Secara lazimnya kanak-kanak memang menyukai animasi. Melalui watak animasi, satu dimensi yang ceria dan berwarna-warni diketengahkan di mana realiti dapat diterapkan ke dalam sebuah alam yang penuh imaginasi. Dengan Tilmiz juga kanak-kanak akan “diajak”, dan bukan disuruh, untuk mempelajari dan menghayati perkara-perkara baru, khususnya adab dan berdoa. Melalui ajakan, pembelajaran dan penghayatan akan menjadi lebih meyeronokkan, mudah dan berkesan.
Tasnim | Ihsan | Luqman | Munir | Izzah | Zahra