3 July 2006
________________________________
Dapatkan Produk-produk Baru TILMIZ!
Jom Alif Ba Ta
Belajar huruf Jawi melalui gambar. Bina kecekapan awal di dalam mengenal & menulis melalui kaedah warnakan huruf, warnakan gambar, menulis mengikut garisan dan menulis huruf.
|
Jom Kesekolah
Belajar Jawi secara bertema. Siri Jom! kali ini membawa kita mengenal objek-objek di sekitar sekolah. Bina kecekapan di dalam mengeja & menulis melalui kaedah warnakan gambar, mengeja perkataan menulis mengikut garisan dan menulis perkataan
CD ROM Jom! Ke Sekolah yang interaktif akan membantu pelajar mempelajari Jawi melalui komputer & membina kecekapan berkomputer.
|
Mari Fardhu-Ain
Permainan CD Rom yang mengajak pelajar Darjah 1 dan 2 bermain sambil belajar Fardhu Ain. Mengguna-pakai permainan ala “Hangman” di mana Si Pemain perlu meneka perkataan-perkataan yang berkait dengan topik Fardhu Ain yang tertentu.
Topik-topik yang diketengahkan ialah Tauhid, Solat, Puasa, Toharah, Wudhu dan Sirah.
|
Warnai Doa Harian
Pelajari Doa Harian sambil mewarna. Terdapat 10 doa harian untuk diwarnai & dipelajari. Bina kreativiti & kecekapan komputer Si Kecil melalui CD ROM e-Warna yang disertakan. |
Kocok Jawi
Permainan kad pertama yang berteraskan Jawi.
Belajar Jawi sambil bermain! Mudah Lagi menyeronokkan! Pelajari lebih 70 objek Jawi!
|
HARI RAYA 2005!
_______________________________
Salam Aidulfitri

Sebulan Ramadhan kita berpuasa,
Beramal pula di malam hari,
Di Hari Raya kita bergembira,
Ucap kesyukuran pada Illahi.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARIPADA TILMIZ!
28 Oktober 2005
________________________________
JOM RAYA! Bersama TILMIZ
Jangan lupa menyaksikan kami di TV3 kids sepanjang Syawal ini!
Saksikan klip-klip Jom Raya! eksklusif di laman web kami:
27 Oktober 2005
________________________________
Doa Buka Bersama TILMIZ
Sudahkah kawan-kawan menyaksikan TILMIZ di TV3 semasa Ramadhan?
Saksikan klip-klip Jom Raya! eksklusif di laman web kami:
20 Oktober 2005
_______________________________
Album Tilmiz & Amal -
Seharum Ramadhan Semerbak Syawal:
Teman Istimewa Menjelang Ramadhan, Penghibur Menyusul Syawal
Album terbaru dari Muazzin Productions Sdn Bhd untuk seisi keluarga. Pasti mewujudkan “mood” menyambut bulan Ramadhan dan hari lebaran. Mendidik para pendengar mengenai falsafah, fadhilat dan keistimewaan Ramadhan dan membuahkan rasa kesyukuran dan gembira menyambut Aidilfitri, melalui firman Allah, nasyid-nasyid, qasidah, hadith dan mutiara kata sahabat Rasulullah yang disusun khas dan dimuatkan di dalam album ini - selari dengan tema album ini sebagai “Teman Sepanjang Ramadhan, Penghibur Menjelang Syawal”.
Album ini menggandingkan Tilmiz dan Amal, komposer lagu-lagu Tilmiz dan juga penasyid solo nasyid tanahair yang terkenal melalui dua album beliau “Salamun Alaik” dan “Kekasih”. Beliau juga antara pelopor industri nasyid tanahair apabila muncul sebagai artis jemputan Raihan di dalam album sulung mereka “Puji-Pujian” (1996).
5 Oktober 2005
_______________________________